POLITIK
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Menurut Azalina, keputusan untuk memutuskan atau bergabung dengan mana-mana parti politik melibatkan UMNO seharusnya dibincangkan secara mendalam. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada untuk memutuskan atau bergabung dengan mana-mana parti politik melibatkan UMNO seharusnya dibincangkan secara mendalam dan tidak terburu-buru.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menggunakan analogi adat bercerai sebagai respons kepada cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk Muafakat Nasional 2.0 bersama Pas.
“Orang kalau nak bercerai ataupun nak nikah balik ke, dia mesti ada masa edah, tak akan nak cakap, ‘hari ini nak bercerai’, semalam sudah lafaz tak boleh lah… nak bercerai cakap betul-betul, bincang dua keluarga," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini hari ini.
Azalina turut selari dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkenaan cadangan tersebut yang disifatkannya sekadar pandangan peribadi Akmal.
Pada masa sama, beliau mempersoalkan mekanisme tinjauan yang dijalankan oleh Akmal mengenai hubungan antara UMNO dan parti gabungan lain.
Beliau berkata, pihaknya tidak pasti sama ada tinjauan tersebut turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen Barisan Nasional.
“Tapi yang saya pelik 1,800 survey dia buat, saya tak tahu dia survey wakil rakyat atau ahli biasa,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu turut menyatakan UMNO sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1946 telah melalui pelbagai cabaran dan ujian sepanjang sejarahnya.
Tegasnya lagi, dengan pengalaman tersebut kepimpinan UMNO mempunyai kebijaksanaan tersendiri dalam membuat keputusan melalui perbincangan di peringkat Biro Politik sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 19 Januari depan.
“UMNO selalu bermusyawarah walaupun ahli UMNO tak semua nampak alim, tapi adalah budaya-budaya Melayu-Islam yang diamalkan,” katanya lagi.
Pada Sabtu, Akmal mencadangkan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berperanan sebagai pembangkang.