ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan Pas memberi wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.
“Saya harap kes ini dipercepatkan bagi menyelamatkan negara daripada golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan imej agama.
"Saya bimbang isu sama akan berulang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di enam buah negeri lagi,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Mahfuz berkata, pihaknya kesal apabila terdapat cubaan membersihkan jenayah rasuah dengan melabel perbuatan itu sebagai sedekah, seolah menghalalkan rasuah atas nama agama.
“Hukum rasuah untuk pemberi dan penerima adalah berdosa, daripada rasuah masuk neraka.
"Kini jenayah rasuah bertukar kepada ibadah, sedangkan ia dua perkara bertentangan, kerana ibadah atau sedekah perkara yang dituntut untuk ganjaran pahala berganda,” katanya.
Sehubungan itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang ketika pilihan raya sebagai sedekah, sesuatu yang mengejutkan dan mengelirukan tanggapan orang ramai terhadap rasuah.
“Kenyataan Abdul Hadi itu umpama untuk menyucikan rasuah dengan dinamakan ibadah supaya apabila kita buat tanpa rasa takut.
"Namun dibimbangi ‘fatwa’ Abdul Hadi itu boleh mengheret umat Islam melakukan dosa tanpa mereka sedar, ini kerana ulama sendiri yang cakap ia sedekah,” katanya.
Tambahnya, Pas didakwa cuba menjenamakan semula istilah rasuah kepada sedekah, walhal ia merupakan perbuatan memberi habuan untuk mendapatkan manfaat.
“Video yang tular jelas memaparkan sedekah itu dalam konteks bersumpah bahawa saya undi Pas.
"Ini perkara yang sangat mengejutkan apabila cuba tukarkan rasuah kepada sedekah atau jenayah kepada ibadah.
“Kes ini tidak ubah seperti pencuri curi ayam tetapi bila dia nak makan ayam itu, dia sembelih dahulu ayam sebab yakin halal dimakan,” katanya sinis.
Pada Selasa, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku pembelian undi atau rasuah ketika tempoh berkempen PRU15.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, meskipun ada parti politik menyatakan bantuan kewangan yang diberikan kepada orang ramai adalah berupa sedekah, namun pemberian tersebut tetap satu unsur rasuah seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023

MAHFUZ: Saya harap kes ini dipercepatkan bagi menyelamatkan negara daripada golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan imej agama. -Foto Sinar Harian

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Hadir ke parlimen untuk nyatakan pandangan, jangan ponteng - Anis Yusal
Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (UM LEAD) Universiti Malaya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menggesa pihak tertentu menggunakan platform yang sesuai untuk menyatakan pandangan mereka mengenai dasar kerajaan seperti Parlimen, namun terdapat ahli yang dipilih tidak menggunakan platform ini dengan berkesan.

Fatwa politik: Dakwa persenda Islam, Mahfuz gesa Sanusi letak jawatan
Mahfuz menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk meletakkan jawatan susulan kenyataan yang dilihat mempersendakan agama Islam.

Pemilihan UMNO bakal kukuhkan jentera BN, PH menjelang PRN - Mahfuz
Pemilihan UMNO yang berlangsung pada 11 dan 18 Mac depan dilihat menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan jentera BN dan PH menjelang PRN.

Laksana kenaikan gaji ikut kredibiliti pekerja untuk tingkat produktiviti - Mahfuz
Sebahagian besar majikan di Malaysia tidak mengukur kredibiliti pekerja dan hanya akur pada syarat gaji minimum, dakwa Mahfuz.

PRN: Mahfuz paling sesuai bertanding di kubu DAP - Sanusi
Ini kerana, Mahfuz, kata Muhammad Sanusi, disokong pengundi Cina dan ditolak majoriti pengundi Melayu pada PRU15.

Pembahagian kerusi PRN: Dakwaan PH-BN akan berpecah bukti kerisauan PN - Mahfuz
PN kecewa kerana BN ambil keputusan untuk tidak bekerjasama membentuk kerajaan selepas PRU15.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

PRN Kedah: BN, PH tidak boleh jadi 'abang besar' dalam pembahagian kerusi - Mahfuz
Semua pihak harus menerima dengan hati terbuka meskipun terpaksa mengecilkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi.

PRU15: Sasaran Mahfuz sapu bersih kerusi Parlimen Kedah tidak rasional - Mahdzir
Kalau Kedah ada 16 kerusi Parlimen, Mahfuz akan sasar 16 kerusi itu juga, sindir Mahdzir.

PRU15: Mahfuz beri bayangan pertahan kerusi Pokok Sena
Pengumuman akan dibuat oleh Pakatan Harapan pada 29 Oktober ini di Merbok, Kedah.