awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
27/08/2024
07:15 MYT
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamid bercakap ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Beliau berkata ini kerana realitinya ialah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja.
"Kalau terkena pada mereka (dikatanya) tergesa-gesa, (tapi) kalau terkena pada saya (mereka kata) 'ini satu siasatan sangat komprehensif'. Realitinya - bila anda buat salah, siasatan dilakukan, Peguam Negara mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mendakwa.
"Dulu saya pernah didakwa sebelum siasatan selesai, itu sebabnya dalam saya menghadapi pertuduhan itu, pindaan dibuat terhadap tuduhan, ertinya (siasatan) tidak selesai.
"Yang saya, dia kata kerajaan berlaku adil, (tapi) bila kena mereka.. (mereka kata) kerajaan tidak berlaku adil, double standard.. janganlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam Bersatu mendakwa siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, dilakukan secara tergesa-gesa.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pendakwaan segera ke atas bekas Perdana Menteri itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Muhyiddin yang didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan yang menghasut berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam ucapannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Double standard
#Muhyiddin Yassin
#siasatan
#isu 3R
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan