POLITIK
Jangan hanya pandai kritik kerana burung murai pun boleh kritik - Masidi
Masidi ketika berucap merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat 2025 di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Datuk Seri Masidi Manjun mengakui beliau sudah lali dengan kritikan dan tohmahan serta persepsi pembangkang terhadap pencapaian kerajaan negeri sepanjang lima tahun ini.
Menurut Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu, apa yang perlu dilakukan adalah fokus kepada apa yang sepatutnya dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
Ujar beliau, semua orang boleh membuat kritikan, tetapi kritikan yang hanya cakap-cakap tanpa sebarang rancangan penyelesaian masalah, tiada gunanya.
"Kalau sekadar kritik, semua boleh kritik. Burung murai dan tiung pun boleh kritik, serta bercakap, namun apa yang (dikritik), mereka tidak faham.
"Saya sampai tahap, apa yang anda cakap itu masalah anda dan bukan masalah saya. Masalah saya ialah untuk membuat yang terbaik dengan hasil yang telah dibuat," katanya.
Masidi berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.
Tidak mahu mendabik dada, beliau berkata, kerajaan GRS-PH (Gabungan Rakyat Sabah-Pakatan Harapan) dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai 'track record' kemampuan dan kebolehan untuk memajukan Sabah.
Justeru, beliau mengajak semua perwakilan untuk fokus kepada matlamat asal perjuangan membela rakyat dan negeri tercinta ini.
"Mari kita fokus untuk membantu rakyat. Mari kita fokus tentang asas perjuangan kita. Lagu Sabah Tanah Airku sudah menyatakan semuanya kepada kita.
"Perlu bersatu sebagai satu rumpun dan bersama-sama memajukan negeri ini," tambah Masidi.