Jangan ketawakan apa berlaku pada Najib

Sinar Harian
November 13, 2018 09:43 MYT
SALAHUDDIN: Saya harap apa yang berlaku pada Najib jangan kita ketawakan, ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. - Foto Sinar Harian
Semua kejadian yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tewas pada PRU14 lalu turut mendapat perhatian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau meminta agar masyarakat tidak mentertawakan Najib atas apa yang berlaku.
"Saya harap apa yang berlaku pada Najib jangan kita ketawakan...ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
"Selagi saya pegang amanah, bukan saya tapi rakyat akan nilai saya," katanya dalam program Bicara Minda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.
#bekas perdana menteri #Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani #Najib Razak #pilihan raya umum #PRU14 #Salahuddin Ayub