KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dilihat takut dan cuba untuk 'memandulkan' institusi demokrasi dengan menafikan suara dan mandat rakyat kepada wakil mereka di Parlimen, tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, ahli Parlimen perlu dibenarkan berbahas, meluluskan rang undang-undang serta membawa isu dan masalah rakyat di Parlimen.
Justeru katanya, Pemuda UMNO memohon kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen serta menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh darurat.
"Parlimen harus dibenarkan bersidang dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam situasi COVID-19, bagi membolehkan keberkesanan mekanisme semak dan imbang buat kerajaan seperti tuntutan dan amalan demokrasi.
"Sedangkan pasar malam, pusat-pusat beli belah, kedai makan, restoran hatta sekolah rendah dan menengah juga telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh darurat. Malah proses vaksinisasi juga sudah dimulakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen," tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Wed Mar 03 2021

Asyraf berkata Parlimen harus dibenarkan bersidang dengan SOP ketat dalam situasi COVID-19. - Gambar fail

Tiada niat jahat di sebalik pengisyiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

Audio tular: Pemuda UMNO Seremban buat laporan polis
Pergerakan Pemuda UMNO Seremban menggesa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu untuk membuat laporan polis bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan mendakwa pelaku itu.

Pemilihan UMNO: Perlu perubahan drastik, radikal menjelang PRU15 - Wan Agyl
Sekiranya UMNO masih kekal dalam keadaan dan status yang sama, saya risau rakyat akhirnya terbuka memilih mana-mana parti politik pada PRU15 kerana bagi mereka semua parti politik sama.

Zahid perlu berundur jika mahu menteri UMNO letak jawatan - Pemuda UMNO Pontian
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur sama dari jawatannya jika mahu menteri-menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti.

PAU2020: Pemuda UMNO sokong putus hubungan dengan Bersatu - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini yang mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PAU2020: Bukan UMNO yang mungkir janji, terpulang Pas jika ingin bersama - Tajuddin
UMNO memberi jaminan tidak akan mungkir janji untuk bersama Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

PAU2020: Individu ambil rasuah yang bersalah, bukan UMNO
Datuk Seri Ahmad Said pula menegaskan dalam isu rasuah, UMNO tidak pernah salah, hanya individu melakukannya yang bersalah.

PAU2020: Puteri, Pemuda UMNO perlu diberi ruang sebagai calon baharu dalam PRU15
Ujar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, generasi muda mempunyai kemampuan dalam mengemudikan parti keramat memenangi PRU15.

PAU2020: Pemuda, Puteri UMNO sokong Undi 18 dipercepatkan
Beberapa pemimpin muda UMNO yang ditemui ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 turut mendesak perkara sama.

PAU2020: Perbahasan tiga sayap UMNO dilakukan secara tertutup
Perbahasan peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dibuat secara tertutup tanpa akses kepada agensi media selain media rasmi UMNO.

PAU2020: Penyatuan UMNO dengan Pas umpama mimpi terindah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menyeru agar ikatan itu dijaga dan tidak sesekali membiarkan mana-mana pihak memutuskannya.