awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan salah guna SMS rasmi sebar propaganda kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2023
15:32 MYT
Jangan salah guna SMS rasmi sebar propaganda kerajaan
Dr Muhammad Faiz berkata, usaha menjustifikasi kewujudan pimpinan yang disebarkan menerusi SMS rasmi daripada kerajaan boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebar propaganda kerajaan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) rasmi adalah tindakan yang tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kesalahan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, tindakan kerajaan yang dilihat masih berkempen biarpun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah berakhir bagi menjustifikasi kewujudan atau keabsahan Kerajaan Perpaduan adalah satu langkah yang tidak sepatutnya dilaksanakan.
Menurutnya, usaha menjustifikasi kewujudan pimpinan sedia ada yang disebarkan menerusi SMS rasmi daripada kerajaan boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak.
"Ini adalah contoh salah guna kemudahan telekomunikasi kerajaan untuk berpolitik secara halus.
"Propaganda sebegini bagaikan mekanisme kerajaan komunis atau diktator yang mahu mencuci otak rakyat supaya terima naratif pemerintah," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tindakan kerajaan menyebar luas propaganda menerusi SMS dengan menyatakan Kerajaan Perpaduan adalah langkah penyelesaian berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang seakan mahu rakyat menerima kerajaan sedia ada dengan hati terbuka.
Sebaliknya, Muhammad Faiz berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan itu seumpama mahu menjelas dan meyakinkan rakyat bahawa pimpinan sedia ada adalah individu tepat dan tidak perlu diragui.
Namun katanya, tindakan itu seolah-olah kerajaan sedia ada berasa takut dan tidak yakin dengan keupayaan, selain meragui penerimaan masyarakat terhadap Kerajaan Perpaduan.
"Apakah kerajaan yang ada pada hari ini takut dan tidak yakin dengan penerimaan orang awam serta rakyat Malaysia terhadap mereka hingga perlu hantar SMS sebegini?
"Sepatutnya SMS rasmi daripada kerajaan digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang penting untuk orang awam atau hal kecemasan atau sebarang perkhidmatan untuk rakyat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SMS
#propaganda kerajaan
#Bersatu
#Faiz Na'aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan