awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tambah derita rakyat Selangor - Irmohizam

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2014
09:52 MYT
Jangan tambah derita rakyat Selangor - Irmohizam
Jangan tambah derita rakyat Selangor - Gambar fail
Pakatan Rakyat (PR) Selangor diminta tidak menambah penderitaan rakyat Selangor disebabkan pergolakan dan kerakusan kuasa sesetengah individu demi memenuhi agenda peribadi dalam parti.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kekalutan kepimpinan kerajaan Selangor sehinggakan seorang Menteri Besar di sebuah negeri maju dipecat menampakkan sikap sebenar kerajaan dan pemimpin PR.
"Sepatutnya agenda utama adalah bagaimana menangani kos taraf hidup rakyat di Selangor, menangani gejala denggi yang semakin meningkat, isu air dan lain-lain perkara yg melibatkan rakyat Selangor.
‎"Ramai rakyat di kawasan saya sendiri melahirkan perasaan dukacita dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan pimpinan PR seakan-akan menipu dan mempermainkan institusi eksekutif negeri dan sistem demokrasi," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Irmohizam mengulas situasi semasa negeri selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.
Tambahnya, rakyat Selangor juga dilihat hairan dengan keutamaan politik dalaman yang diberi perhatian lebih daripada isu kebajikan rakyat yang dijanjikan mahu dilebihkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
"Ada yg menyatakan kepada saya adakah di Selangor ini asyik memikirkan soal politik dan kuasa berbanding kebajikan rakyat. Banyak isu tertangguh seperti isu alam sekitar dan sebagainya.
"Saya amat berharap rakyat Selangor dapat membuka minda dan pemikiran mereka terhadap apa yg berlaku ketika ini," ujarnya.
Pada Isnin, Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) mengutuk tindakan PKR yang memecat Abdul Khalid dari parti itu.
Mereka juga mengecam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dikatakan melanggar prinsipnya untuk tidak mengamalkan nepotisme serta kronisme dengan memilih isterinya sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baharu.
Topic Berkaitan
#Anwar
#Azizah
#Irmohizam
#Khalid
#pasmeb
#PRU
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan