awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan

Jawatan Takiyuddin, Iskandar, Muhammad Sanusi dalam Pas kekal

Sinar Harian
Sinar Harian
07/11/2021
12:54 MYT
Jawatan Takiyuddin, Iskandar, Muhammad Sanusi dalam Pas kekal
Pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke-67 pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pas melantik dan mengekalkan khidmat Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung, Datuk Iskandar Abdul Samad sebagai Bendahari dan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat selepas Muktamar Tahunan Pas kali ke-67 pada Ahad.
"Pelantikan ini berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) serta persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
"Pelantikan jawatan-jawatan lain bagi sesi 2021-2023 pula akan disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal
Sebelum ini, bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu turut mengekalkan Abdul Hadi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dimenangi tanpa bertanding.
Tiga penyandang Naib Presiden Pas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan jawatan itu pada Muktamar Pas kali ke-67 pada Ahad.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Jawatan Takiyuddin, Iskandar, Muhammad Sanusi dalam Pas kekal
Topic Berkaitan
#Muktamar Pas
#Takiyuddin Hassan
#Muhammad Sanusi
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.