awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Timbalan Presiden Amanah ditentukan Disember ini - Mahfuz

Bernama
Bernama
03/11/2023
21:15 MYT
Jawatan Timbalan Presiden Amanah ditentukan Disember ini - Mahfuz
Mahfuz berkata kesemua 27 calon yang terpilih akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang paling layak memegang sebarang jawatan. - Gambar fail/Astro AWANI
PASIR MAS: Jawatankuasa Nasional Amanah bagi penggal 2023-2026 pada bulan Disember nanti akan menentukan siapa bakal mengisi jawatan Timbalan Presiden Amanah, yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata setakat ini parti itu baru sahaja memulakan mesyuarat dan masih belum menerima senarai calon-calon.
"Kita tidak boleh buat sebarang spekulasi siapa yang bakal mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham. Sebagaimana yang kita tahu sistem di dalam Amanah agak berlainan dengan parti-parti lain seperti UMNO ataupun Pas.
"Kita tidak bertanding untuk satu jawatan, tetapi jawatan itu ditentukan oleh 27 orang (AJK Pimpinan Nasional) yang terpilih di peringkat nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah kawasan Pasir Mas di Dewan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Tendong, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kesemua 27 calon yang terpilih itu akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang paling layak memegang sebarang jawatan seperti presiden, timbalan mahupun setiausaha.
Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, meninggal dunia pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, selepas mengalami pendarahan otak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#timbalan presiden
#mengisi jawatan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan