KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini memaklumkan penstrukturan semula sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat sedia ada yang melibatkan komposisi ahli Parlimen daripada blok Kerajaan dan Pembangkang.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menerusi kenyataan memaklumkan, penstrukturan semula itu susulan termeterainya memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik ditandatangani kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu.
Menurut Azhar Azizan, sebagai memenuhi salah satu dairpada perkara yang dipersetujui, keahlian dalam semua jawatankuasa pilihan khas telah ditambah daripada tujuh ahli kepada sembilan.
Beliau menjelaskan, daripada sembilan ahli Parlimen itu, lima adalah kerajaan dan empat merupakan ahli parlimen pembangkang.
Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Plihan Khas tersebut juga dibahagi di antara pihak kerajaan dan pembangkang kepada lima nisbah empat.
Ahli Parlimen Kerajaan yang dilantik sebagai Pengerusi ialah Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort), Datuk Seri Hasan Arifin (Barisan Nasional-Rompin), Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas - Kuala Krai), Yusuf Abd Wahab (GPS - Tanjong Manis) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).
Manakala Ahli Parlimen Pembangkang yang dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa terdiri daripada Datuk Johari Abdul (Pakatan Harapan - Sungai Petani), Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Bharu), Maszlee Malik (Bebas - Simpang Renggam) dan Kelvin Yii Lee Wuen (PH - Bandar Kuching).
Dalam pada itu, Azhar Azizan turut berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa telah dipersetujui untuk diwujudkan, menjadikan jumlah keseluruhan jawatankuasa pilihan khas kepada 10.
Astro Awani
Fri Nov 05 2021

Menurut Azhar Azizan, sebagai memenuhi salah satu dairpada perkara yang dipersetujui, keahlian dalam semua jawatankuasa pilihan khas telah ditambah daripada tujuh ahli kepada sembilan. - Gambar fail
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat distruktur semula
Dewan Rakyat hari ini memaklumkan penstrukturan semula sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat sedia ada yang melibatkan komposisi ahli Parlimen daripada blok Kerajaan dan Pembangkang.