awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeffrey Kitingan jumpa Peter dan Juil hari ini

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
30/12/2021
11:28 MYT
Jeffrey Kitingan jumpa Peter dan Juil hari ini
Beliau turut menyatakan agar Peter tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu di negeri ini.
KOTA KINABALU: Satu pertemuan antara bekas pemimpin Warisan Datuk Peter Anthony dan Datuk Juil Nautim bersama Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan hari ini.
Bagaimanapun, Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah tidak menyatakan tujuan mahupun apa dijangka berlaku susulan pertemuan bersama bekas Naib Presiden Parti Warisan itu.
"Selepas saya memanjangkan jemputan menyertai STAR, saya telah dihubungi oleh pihak ketiga dan saya akan menemui mereka hari ini," katanya merujuk kepada Peter dan Juil.
Beliau turut menyatakan agar Peter tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu di negeri ini.
Katanya, beliau lebih memilih Peter dan Juil menyertai salah satu daripada parti politik sedia ada, sebaiknya STAR.
"Bagaimanapun, saya tidak percaya ia akan memecahkan undian kerana mereka telah menyatakan keputusan untuk mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jika mereka bersama kita, maka ia tidak akan menjejaskan kesatuan di Sabah," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai persediaan STAR untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Jeffrey berkata GRS sudah mengaktifkan jenteranya.
"Kita tidak tahu senario di Sabah bagaimana, memandangkan kita sudah lihat dahulu, terdapat banyak pertembungan kerusi, seperti di Melaka dan Sarawak. Saya harap pada kali ini, kita ada strategi jelas bagi memastikan kemenangan bersama sebab kita mahukan kestabilan politik," katanya lagi.
Beliau tidak menyatakan jumlah kerusi yang ingin ditandingkan namun menegaskan bahawa pihaknya akan berjuang untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi yang mungkin.
Topic Berkaitan
#Peter jumpa Jeffrey
#masyarakat KDM
#Kadazandusun Murut
#Jeffrey Kitingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan