POLITICS
Jelitawan Jo-Anna Sue bakal gegar arena politik Sabah

Calon kerusi DUN Kiulu bagi PRU14, Jo-Anna Sue Henley Rampas, mencuri tumpuan masyarakat dengan rupanya yang menawan.
Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mencuri tumpuan masyarakat dengan rupa parasnya yang menawan.
Berdarah Pan Asian, ramai yang tidak percaya bahawa wanita ini berasal dari Kiulu, sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah.
Jo-Anna berdarah kacukan dimana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya warga British.
Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.
Sewaktu itu, Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, mengambil peluang itu untuk meneruskan khidmatnya untuk rakyat Sabah.
Kenapa anak kelahiran Sabah ini digelar sebagai 'beauty with brains'? Berikut adalah lima fakta yang anda perlu tahu mengenai Jo-Anna:
1. Jo-Anna merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.
Semasa di London, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan perkhidmatan penstriman muzik Samsung, Milk Music, untuk Malaysia dan Indonesia.
Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dua tahun lalu.

Jo-Anna Sue pada hari graduasinya dari University of West London. - Facebook/Jo-Anna Henley Rampas
3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik berprestij di Sabah.

Jo-Anna juga merupakan seorang ratu cantik. - Facebook/Jo-Anna Henley Rampas

Foto: Facebook/Jo-Anna Henley Rampas
5. Bukan itu sahaja, Jo-Anna juga merupakan seorang jurulatih kecergasan bertauliah. Beliau mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan yang sihat apabila doktor mengesahkan tahap kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya.
Foto: Facebook/Jo-Anna Henley Rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami