awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jemput' Teresa Kok ke Langkawi, Mohd Suhaimi didakwa komen lucah

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/10/2023
09:39 MYT
'Jemput' Teresa Kok ke Langkawi, Mohd Suhaimi didakwa komen lucah
Mohd Suhaimi didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Perkara itu dibangkitkan Chong Zhemin (PH-Kampar) merujuk ayat “tidak pakai apa-apa” dikeluarkan Mohd Suhaimi yang ditujukan kepada Teresa Kok (PH-Seputeh).
Semuanya bermula ketika Teresa mencelah bertanya adakah boleh memakai seluar pendek di Langkawi, sewaktu Mohd Suhaimi berbahas meminta kerajaan membangunkan industri pelancongan di kawasan itu.
"(YB) Langkawi, sekarang pergi pantai Langkawi boleh pakai seluar pendek ke," tanya YB Seputeh. Jawapan YB Langkawi kemudian menyebabkan YB Kampar memintanya menarik balik.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat pic.twitter.com/JAhmm5JZLW
— Astro AWANI (@501Awani) October 26, 2023
Teresa: “YB, sekarang kita pergi pantai Langkawi, boleh pakai seluar pendek ke?”.
Mohd Suhaimi: “OK, saya nak jemput khusus kepada Seputeh datang, tak mahu pakai apa pun tak apa… Yang dok tanya seluar pendek ini pasal apa?
Zhemin kemudian bangun mempertikaikan kenyataan itu: “Tak pakai apa-apa... bogel... mana boleh, itu melanggar peraturan".
Mohd Suhaimi kemudian menyambung: “Saya terlupa nak sebut, saya nak bayangkan bagaimana Seputeh datang tak pakai apa-apa pun.”
Tidak berdiam diri, Teresa membalas: “Ini lucahlah. Fikiran kurang bersih. Adoi,”.
Begitupun, isu itu selesai di situ sahaja selepas Timbalan Speaker, Alice Lau mengarahkan sidang diteruskan seperti biasa.
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#Ahli Parlimen Langkawi
#Mohd Suhaimi Abdullah
#komen lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan