KUALA LUMPUR: Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bersedia meredah banjir yang diramal berlaku hujung tahun ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh tersebut.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya ditakdirkan PRU15 diadakan hujung tahun ini meskipun beberapa negeri sering dilanda banjir dalam tempoh tersebut, jentera Pemuda gabungan politik itu tetap bersedia mengharunginya.
"Kita tahu ada kekangan, akhir tahun ini ada banjir, ada hujan lebat, ada monsun timur laut tetapi kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bubar masa banjir pun, kita sanggup redah banjir," katanya ketika berucap melancarkan Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selain Ismail Sabri, turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.
BACA: Tarikh pembubaran Parlimen akan diumum tidak lama lagi - PM Ismail Sabri
Presiden UMNO itu juga berkata beliau yakin BN mampu menawan Putrajaya pada PRU15 berdasarkan semangat yang ada pada Pemuda gabungan politik tersebut dibantu jentera Wanita dan Puteri.
"Kita kena buat pendekatan hibrid jangan sasar Pemuda sahaja, ini mesti dilakukan koordinasi secara hibrid, mesti berganding bahu untuk menentukan semua jentera digerakkan untuk memperkenal calon-calon BN," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata kesiapsiagaan jentera BN dari segi perkakasan tempur untuk berdepan perang maya mesti diperkukuh selain menjawab sebarang isu dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 17 2022
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa hari ini. - Foto BERNAMA
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Jentera Pemuda BN sedia redah banjir hadapi PRU15 - Zahid
Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) bersedia meredah banjir yang diramal berlaku hujung tahun ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh tersebut.