awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banteras rasuah: "Akan ada 'suara' pertikai dalam setiap kes berprofil tinggi" - PM Anwar
[TERKINI] Calon BN yakin pertahan Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Sebarang usaha normalisasi seks songsang tidak akan dikompromi - KP Jakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika dilantik PM, Anwar, Wan Azizah carilah harta sepencarian, bukan 'sepencurian' - Mat Sabu

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
20/10/2022
22:15 MYT
Jika dilantik PM, Anwar, Wan Azizah carilah harta sepencarian, bukan 'sepencurian' - Mat Sabu
Anwar (dua, kiri) melancarkan logo Pakatan Harapan untuk PRU15 pada Konvensyen Harapan di Ipoh Convention Centre malam tadi. Turut kelihatan, Mohamad (kanan) dan Loke (kiri). --fotoBERNAMA
IPOH: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, agar tidak melakukan kepincangan sekiranya PH berada di tampuk pemerintahan kuasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sekiranya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mohamad mengingatkan Anwar untuk mencari ‘harta sepencarian’ bersama isterinya dan bukan 'harta sepencurian'.
“Saya ingin nasihat bakal Perdana Menteri (Anwar), dan isteri Kak Wan Azizah. Dengarlah nasihatku ini, apabila (Anwar) jadi Perdana Menteri nanti, bersama Kak Wan carilah harta sepencarian.
“Jangan jadi seperti perdana menteri dahulu dengan isterinya, mereka mencari harta ‘sepencurian’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Anwar serta timbalan-timbalan pengerusi PH antaranya, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi PH berkata, antara isu ketirisan wang negara yang mencuri tumpuan umum adalah berhubung dana RM400 juta bagi Projek Kapal Tempur Littoral (LCS) yang didakwa diselewengkan.
Bekas menteri pertahanan itu mendakwa, dana yang dibayar kepada syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan kapal juga menunjukkan anggota pasukan keselamatan negara tidak dihormati oleh kepimpinan negara sedia ada.
“Bayangkan, keselamatan negara kita tidak dihormati oleh pemerintah. Nasib baiklah aku sempat jadi menteri pertahanan.
“Kita sempat buat siasatan, diketuai Tan Sri Ambrin Buang (bekas ketua audit negara) dan diteruskan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
“Inilah apa yang dikatakan kepincangan oleh ahli-ahli ekonomi, bahawa berlaku wang negara kita yang ‘bocor’,” katanya.
Sebelum itu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH berjaya memenangi PRU15.
Saifuddin Nasution umum Anwar calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan
BACA: PRU15: Anwar Ibrahim umum bertanding di Tambun
Katanya, perkara itu diputuskan selepas beberapa siri rapat temu dan mesyuarat antara pimpinan tertinggi gabungan itu.
Malah pada majlis sama, Anwar turut mengumumkan untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Anwar Ibrahim
#PRU15
#calon perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan