POLITIK
Jika itu singgung DAP, saya tarik balik apa yang saya sebutkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menarik balik kenyataan beliau sebelum ini yang menggambarkan seolah-olah DAP memiliki dua kem, jika ia menyinggung parti itu. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menarik balik kenyataan beliau sebelum ini yang menggambarkan seolah-olah DAP memiliki dua kem, jika ia menyinggung parti itu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ahmad Zahid berkata, kenyataan berkenaan yang dibuatnya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, semalam, adalah untuk memperjelaskan situasi ada sekelompok kecil pemimpin DAP dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.
"Saya telah membaca respons daripada yang berhormat Saudara Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP yang mengatakan tidak ada team A dan team B dalam DAP.
"Saya turut bersetuju dengan beliau, malah maksud saya di dalam ucapan penangguhan PAU 2025 adalah cuma untuk memperjelaskan bahawa terdapat kenyataan-kenyataan bercanggah daripada segelintir kecil kepimpinan DAP terhadap apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh.
"Maka diperjelaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan itu bukan-bukan asas kepada keputusan rasmi parti tetapi dibangkitkan oleh mereka yang merupakan satu kumpulan kecil terhadap apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia," katanya.
Beliau berkata perkara itu turut dijelaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, bahawa tidak wajar mengambil pandangan kumpulan kecil yang berbeza pendapat itu sebagai pendirian rasmi DAP.
"Jadi itu cuma suatu gambaran, bukan satu keabsahan kewujudan tim di dalam DAP. Jika itu menyinggung DAP, saya menarik balik apa yang saya sebutkan itu, tetapi tidak langsung menjadi maksud kepada saya untuk menggambarkan bahawa terdapat atau wujud dua kem dalam parti berkenaan.
"Cuma mungkin terdapat perbezaan pendapat yang kecil dan ini disebutkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Seri Johari Ghani dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Haji Muhammad Haji Hassan bahawa kita tidak seharusnya mengambil pandangan daripada kumpulan yang berbeza pendapat dengan kepimpinan utama DAP terutama apabila ia bukan merupakan pendirian daripada parti itu atau pendirian rasmi daripada parti itu. Jadi harapkan ini dapat difahami," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan bahawa beliau menyatakan mengenai terdapat 'team B' dalam partinya.
Loke menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid tidak masuk akal dan pihaknya tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Ahmad Zahid ketika ucapan penangguhan PAU 2025 semalam mendakwa, kenyataan bertentangan yang dikeluarkan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada 'team B'.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya yang menggambarkan DAP memiliki dua kem jika menyinggung parti itu, menjelaskan ia hanyalah bagi memperjelaskan perbezaan pendapat sesetengah pemimpin DAP.
- Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa kenyataan bercanggah daripada segelintir kepimpinan DAP bukanlah pendirian rasmi parti, disokong oleh Naib Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.
- Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan terdapat 'team B' dalam parti dan menegaskan kenyataan Ahmad Zahid tidak berasas serta tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.
Ahmad Zahid berkata, kenyataan berkenaan yang dibuatnya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, semalam, adalah untuk memperjelaskan situasi ada sekelompok kecil pemimpin DAP dilihat tidak selari dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.
"Saya telah membaca respons daripada yang berhormat Saudara Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP yang mengatakan tidak ada team A dan team B dalam DAP.
"Saya turut bersetuju dengan beliau, malah maksud saya di dalam ucapan penangguhan PAU 2025 adalah cuma untuk memperjelaskan bahawa terdapat kenyataan-kenyataan bercanggah daripada segelintir kecil kepimpinan DAP terhadap apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh.
"Maka diperjelaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan itu bukan-bukan asas kepada keputusan rasmi parti tetapi dibangkitkan oleh mereka yang merupakan satu kumpulan kecil terhadap apa yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia," katanya.
Beliau berkata perkara itu turut dijelaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, bahawa tidak wajar mengambil pandangan kumpulan kecil yang berbeza pendapat itu sebagai pendirian rasmi DAP.
"Jadi itu cuma suatu gambaran, bukan satu keabsahan kewujudan tim di dalam DAP. Jika itu menyinggung DAP, saya menarik balik apa yang saya sebutkan itu, tetapi tidak langsung menjadi maksud kepada saya untuk menggambarkan bahawa terdapat atau wujud dua kem dalam parti berkenaan.
"Cuma mungkin terdapat perbezaan pendapat yang kecil dan ini disebutkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Seri Johari Ghani dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Haji Muhammad Haji Hassan bahawa kita tidak seharusnya mengambil pandangan daripada kumpulan yang berbeza pendapat dengan kepimpinan utama DAP terutama apabila ia bukan merupakan pendirian daripada parti itu atau pendirian rasmi daripada parti itu. Jadi harapkan ini dapat difahami," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan bahawa beliau menyatakan mengenai terdapat 'team B' dalam partinya.
Loke menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid tidak masuk akal dan pihaknya tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Ahmad Zahid ketika ucapan penangguhan PAU 2025 semalam mendakwa, kenyataan bertentangan yang dikeluarkan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada 'team B'.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menjadi tumpuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau yang belakangan ini?
A: Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa kenyataan beliau adalah untuk menjelaskan bahawa terdapat segelintir pemimpin DAP yang tidak selari dengan pucuk pimpinan parti tersebut. - Q: Siapakah yang menafikan kewujudan 'Team B' dalam parti mereka?
A: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menafikan kewujudan 'team B' dalam parti DAP. - Q: Apakah respons daripada Anthony Loke berhubung dakwaan Ahmad Zahid tentang 'team B'?
A: Anthony Loke menolak dakwaan Ahmad Zahid dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membuat kenyataan mengenai 'team B' dalam DAP.