GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pandangannya bahawa masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) adalah antara Mei hingga Julai.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri yang bermesyuarat minggu lalu bersetuju bahawa Jun adalah masa terbaik untuk mengadakan PRN kerana tempoh waktu singkat bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kita telah menyatakannya berulang kali.
"Kita akan berpegang kepada apa yang dikatakan sebelum ini, sama ada Mei, Jun atau Julai (untuk mengadakan PRN)," katanya pada Isnin.
Kon Yeow berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Pas yang tidak akan membuat keputusan bersama dengan PH dalam menentukan pembubaran DUN di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN Jun ini, itu terpulang kepada mereka.
Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang menambah, sekiranya Pas memilih untuk mengadakan PRN secara berasingan, pihaknya turut tidak mempunyai pilihan.
"Sebaiknya semua enam negeri boleh mengadakannya (PRN) serentak. Jika berasingan, ia akan melibatkan kos dan masa yang banyak," tambah beliau.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bahawa DUN negeri itu dijangka dibubarkan pada Mei bagi memberi laluan kepada PRN.
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, ia berdasarkan perbincangan tidak rasmi dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di enam negeri terbabit sebelum menghadiri Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bulan lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan enam negeri yang masih belum mengadakan pilihan raya perlu mempertimbangkan untuk berbuat demikian secara serentak bagi membantu SPR menyelaraskan penempatan tenaga kerja di kesemua negeri tersebut dengan lebih baik, dengan menganggarkan kos keseluruhan RM450 juta. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 24 2023

Chow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang menambah, sekiranya Pas memilih untuk mengadakan PRN secara berasingan, pihaknya turut tidak mempunyai pilihan.- Gambar fail

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Niaga AWANI: Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

PRN: Proses pembahagian kerusi BN-PH akan temui kegagalan, 'perceraian' - Sanusi
Sanusi harap 'perceraian BN-PH' dengan 'talak' tiga, dua atau satu segera berlaku.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

PN Selangor tiada pelawa KJ jadi calon PRN, MB - Zulkafperi
Zulkafperi berkata, setakat ini tiada perbincangan diadakan pimpinan Bersatu Selangor dengan Khairy berhubung tawaran berkenaan.

PRN: Pembahagian kerusi akan dibincang segera - Anwar
Parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan masih belum membincangkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

PRN: Wanita PH sedia kerjasama dengan Wanita UMNO
Nicole Tan Lee Koon berkata, bagaimanapun ia tertakluk kepada perbincangan pimpinan Majlis Presiden PH.

UMNO dijangka kalah PRN Selangor - Noh Omar
Tan Sri Noh Omar berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, semua kawasan Parlimen di Selangor tewas.

Pembahagian kerusi: Kepimpinan tertinggi PH Selangor akan bertemu dalam masa terdekat
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) Selangor dijangka mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tahun ini.

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRN: Pulau Pinang tidak tolak kemungkinan bubar DUN penghujung Mei
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpandangan Jun atau Julai ini adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN).