Kabinet Kerajaan Perpaduan: Dua TPM, 25 ahli Kabinet angkat sumpah jawatan Menteri

Bernama
Disember 3, 2022 08:06 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.
Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir menyaksikan majlis itu. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Kesemua Jemaah Menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
[INFOGRAFIK] Barisan Kabinet Perpaduan Nasional 2022
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Menteri-menteri itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu malam tadi oleh Anwar yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan.
[INFOGRAFIK] Pecahan Menteri Kabinet Mengikut Parti
Pada majlis itu, menteri-menteri itu dibahagikan kepada enam kumpulan dengan kumpulan pertama dimulakan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Kumpulan kedua terdiri daripada lima orang menteri iaitu Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook yang kembali memegang porfolio Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan).
Turut berada dalam kumpulan itu ialah Ahli Parlimen yang pertama kali dilantik ke Kabinet iaitu Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi); Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan) dan Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan)
Kumpulan ketiga diketuai Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri) diikuti Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya); Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi) dan anggota Kabinet muka baharu, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi).
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Anwar Ibrahim #Kabinet Kerajaan Perpaduan #PM10 #Tumpuan PM10