awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/12/2022
06:34 MYT
Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu, untuk mendapat perkenan Tuanku. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Timbalan-timbalan Menteri bagi Kabinet Perpaduan beliau pada 8.15 malam ini.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu, untuk mendapat perkenan Tuanku.
Perdana Menteri telah mengumumkan senarai 28 ahli Jemaah Menteri pada 2 Disember lepas, menyaksikan buat pertama kalinya terdapat dua Timbalan Perdana Menteri, dan seorang daripadanya mewakili Borneo.
“Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, dan Insya-Allah pukul 8.15 malam ini saya akan mengumumkan senarai nama Timbalan-timbalan Menteri,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.
Berita Harian sebelum ini melaporkan terdapat 35 nama yang sedang dipertimbangkan, merangkumi Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan, dan lain-lain.
Laporan itu menyebut, sumber yang rapat dengan perbincangan itu memaklumkan, jumlah timbalan menteri akan dihadkan kepada satu bagi setiap kementerian, dengan pengecualian untuk beberapa kementerian yang disatukan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Timbalan Menteri
#Kabinet Perpaduan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan