awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau ahli PKR pun salahkan Anwar, cari parti lain - Rafizi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
24/08/2014
07:52 MYT
Kalau ahli PKR pun salahkan Anwar, cari parti lain - Rafizi
RAFIZI: Mencabar ahli PKR yang menyalahkan Anwar untuk mencari parti lain
Naib Presiden PKR yang baharu, Rafizi Ramli, hari ini mengecam ahli parti yang menyalahkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam krisis Menteri Besar Selangor.
Malah, beliau turut mencabar ahli PKR yang menyalahkan Anwar, untuk 'mencari parti lain'.
"Kalau kepimpinan tidak ambil tindakan ke atas Menteri Besar, parti akan dianggap lemah. Kita tahu ramai tidak setuju. Kepimpinan pun tidak sebulat suara.
"BN (Barisan Nasional) salahkan Anwar perkara biasa. Kalau kita pun salahkan Anwar, cari parti lain," Rafizi memberitahu lebih 5,000 perwakilan PKR yang hadir pada Kongres PKR yang ke-10 di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Rafizi membayangkan parti itu sebagai sebuah kapal perang yang lalu di lautan bergelora.
"Laut bergelora ialah rakyat. Kapal perang kena bersedia melalui laut bergelora dan berdepan musuh, UMNO BN yang tembak (kita) berkali-kali.
"Jangan serang kapal sendiri. Kalau karam, yang lemas bukan Anwar dan isteri (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) sahaja. Yang lemas, kita semua yang duduk atas kapal," katanya.
Rafizi juga mengutuk dakwaan yang budaya nepotism diamalkan di dalam parti itu.
Beliau meminta ahli PKR yang bercakap tentang nepotisme membuktikan sendiri dalam pemilihan akan datang jika benar ia berlaku.
"Serangan kepada keluarga Anwar, datang dari anggota parti sendiri.
"Kalau berani sangat, kalau rasa nepotisme rosakkan parti, lawan dalam pemilihan.
"Kalau mereka dipilih secara demokratik, jangan bawa soal nepotisme," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kongres PKR
#PKR
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan