Skip to main content

Politik

'Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok' - Anthony Loke

81727606946_TBLOKE.jpg
Anthony Loke (foto) berkata 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat BN Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN kali ini. -Gambar fail

JOHOR BAHRU: Suasana Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor bertukar gamat apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke melontar cadangkan supaya PH bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, 36 kerusi yang akan PH ditandingi selari dengan pengumuman dibuat BN Johor yang mahu bergerak solo bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN kali ini.

"Kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN.

"Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok," katanya.

Ucapan itu kemudiannya disambut sorakan dan laungan semangat yang bersetuju daripada perwakilan yang memenuhi dewan konvensyen.

Terdahulu, spekulasi berkaitan kemungkinan pembubaran DUN Johor terus hangat diperkatakan susulan dakwaan sidang khas DUN akan diadakan pada 24 Jun depan.

Pada Sabtu, BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN negeri. -Sinar Harian

 

Must Watch Video