awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau nak pecat, silakan' - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2021
07:04 MYT
'Kalau nak pecat, silakan' - Annuar Musa
ANNUAR: Saya tetap mahukan UMNO memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:"Kalau nak pecat (saya), silakan. Nak pertahan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan."
Demikian perkongsian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook beliau pada Ahad.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.
"Saya tetap pertahan keputusan MKT. No DAP, No Anwar. Saya tetap mahukan UMNO memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah," katanya.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali yang mengusulkan supaya Menteri Persekutuan itu dipecat daripada parti itu.
Antara lain, Muhammad Saifullah turut mendakwa Annuar sebagai tali barut dan jurucakap Bersatu.
Annuar berkata, sepanjang 40 tahun beliau aktif dalam UMNO, mesyuarat perwakilan bahagian selalunya membincangkan mengenai orang Melayu, Islam dan soal rakyat.
Bagaimanapun katanya, tahun ini perkara itu tidak berlaku sebaliknya hanya kedengaran seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu.
"Yang kita dengar ialah seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu dan serang menyerang sesama sendiri. DAP sudah boleh senyum," katanya.
Dalam pada itu, Annuar turut memberitahu, satu demi satu UMNO bahagian di Kelantan, yang dahulunya menjadi kubu parti itu, bertukar menjadi kubu parti lawan.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#tali barut
#Politik Malaysia
#sanggup dipecat
#Annuar Musa
#UMNO
#Barisan Nasional
#Ketua Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan