POLITICS
'Kami letak jawatan, kami tidak akan khianat parti' - Nik Nazmi
Nik Nazmi (kiri) dan Rafizi. Gambar kecil: Tangkap layar kenyataan Nik Nazmi di platform X. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Keputusan peletakan jawatan dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi ruang kepada mereka untuk mengkhianati parti.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan ringkas di platform X, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa beliau dan Rafizi tidak akan sesekali mengkhianati parti meskipun mengambil keputusan meletak jawatan sebagai menteri.
“Kami letak jawatan, kami tidak akan khianat parti,” katanya.
Kenyataan ringkas Nik Nazmi, yang juga bekas Naib Presiden PKR itu, timbul di tengah-tengah dakwaan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 11 ahli Parlimen parti itu, termasuk Rafizi dan dirinya, yang dikatakan telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan oleh Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang, yang menyifatkan edaran dakwaan itu di pelbagai platform media sosial sebagai tidak berasas dan mengarut.
Terdahulu, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mengumumkan keputusan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun depan, diikuti Nik Nazmi yang turut melepaskan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai ini.
Keputusan yang dibuat oleh Rafizi dan Nik Nazmi itu adalah atas alasan mereka tidak lagi mendapat mandat parti susulan kekalahan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Anwar telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran daripada kedua-dua menteri Kabinet tersebut yang dikemukakan pada Rabu.
“Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.
“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” kata jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai 2025, selepas kehilangan mandat parti dalam pemilihan PKR.
- Penafian dakwaan pengkhianatan Nik Nazmi menegaskan bahawa mereka tidak akan mengkhianati PKR, walaupun terdapat spekulasi bahawa beberapa ahli Parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Keputusan Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri mengesahkan penerimaan surat permohonan cuti dan pengunduran kedua-dua menteri, namun keputusan lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan kemudian oleh Anwar Ibrahim.