Kehadiran Najib Razak disambut sorakan ahli UMNO

Astro Awani
September 29, 2018 12:26 MYT
Ketibaan Najib disambut ahli UMNO di PWTC. - Facebook Nizam Noz
Di kala Dewan Merdeka menunggu kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyampaikan ucapan dasar beliau, individu bernama Datuk Seri Najib Tun Razak nyata masih mencuri tumpuan.
Kehadiran bekas Perdana Menteri itu, yang lengkap berbaju Melayu serba merah, warna rasmi UMNO, disambut sorakan Hidup UMNO oleh sebilangan besar ahli parti.
Beliau akan menyertai sekitar 3,000 perwakilan parti dari seluruh negara untuk mendengar ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 malam ini.

Datuk Seri @NajibRazak tiba di PWTC untuk Perhimpunan Agung #UMNO 2018. @501Awani pic.twitter.com/9QgWx4Godw

— AgendaAWANI (@AgendaAWANI) September 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hidup umno #Najib Razak #Perhimpunan Agung UMNO #politik #ucapan dasar