KUALA LUMPUR: Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional harus diteladani oleh parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.
"Kisah Perang Uhud wajar dijadikan pedoman dalam perjuangan siasah kita sebagai kerajaan yang masih baharu ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Pada masa sama, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau bukanlah sempurna namun berusaha melakukan formula dan usaha terbaik untuk negara yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini.
"Kerjasama yang digalas bersama dengan parti yang lain setakat ini ternyata positif dan meyakinkan. Kerajaan ini juga tidak akan berkompromi dengan provokasi perkauman-agama yang boleh meruntuhkan usaha jangka panjang Kerajaan Perpaduan menyelamatkan negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional harus diteladani oleh parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Pinda tempoh notis kebankrapan kepada 30 hari - Peguam
Peguam dan Rakan Kongsi Tetuan Hizri Azad & Azmir, Hizri Hasshan berkata antara pindaan yang diperlukan untuk membantu individu yang berdepan tindakan kebankrapan ialah memanjangkan tempoh notis kebankrapan daripada tujuh hari kepada 30 hari. Ini akan memberi lebih masa kepada individu tersebut untuk mengurus pembayaran semula hutang.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet
Pengarah Bersekutu BowerGroupAsia, Hafidzi Razali berkata program literasi kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu mesra pengguna internet. Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan 60 peratus daripada individu yang diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Perancangan kewangan perlu datang dari hati - Perancang Kewangan
Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berkata perancangan kewang perlu dibuat berdasarkan keperluan dan sasaran yang diinginkan. Ia tidak sepatutnya bersandarkan sepenuhnya kepada nasihat daripada agen produk kewangan yang mempunyai kepentingan sendiri.

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Kejatuhan kerajaan PN harus diteladani kerajaan hari ini - PM Anwar
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata jawatan meskipun penting, ia bukanlah segalanya dalam perjuangan.