KUALA LUMPUR: UMNO Perak menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikekalkan sebagai presiden parti itu bagi penggal akan datang untuk memastikan 'kapal UMNO' tidak tenggelam.
Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia kerana Pengerusi BN itu terbukti berjaya menyelamatkan parti hingga membentuk kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Menurutnya, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai kepentingan diri, sudah tentu beliau mengambil keputusan mudah dengan meletakkan jawatan dan bersara dari politik selepas BN kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Beliau boleh meninggalkan UMNO dalam keadaan terkontang-kanting tanpa pimpinan dan nakhoda tapi beliau ambil tanggungjawab sebagai pemimpin dan terus memimpin parti yang kalah.
"Beliau berusaha memastikan UMNO tidak tenggelam dalam arus politik mutakhir ini malahan berjaya membawa parti untuk bersama-sama menerajui kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan editor media tempatan sempena Perhimpunan Agung Sayap-Sayap UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.
Menteri Besar Perak itu menjelaskan, tugas yang dilakukan Ahmad Zahid bukankah mudah kerana seluruh dunia memerhatikannya kerana walaupun dengan hanya 30 kerusi Parlimen, UMNO berjaya mengisi jawatan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.
"Itu kebijaksanaan seorang ketua, pemimpin dan seorang pemimpin parti. Sebab itu kita menghormati beliau dan tidak memilih untuk mencari kelemahan dan kesilapan," ulasnya.
Saarani memberitahu, beliau juga percaya Ahmad Zahid mempunyai perancangan beliau dalam terus memperkukuhkan parti termasuk melahirkan pelapis-pelapis pemimpin dalam parti.
Oleh itu, beliau berkata, walaupun dalam perlembagaan parti menyebut jawatan itu boleh dipertandingkan, namun lebih baik jika tiada ahli lain yang yang bertanding menentang Ahmad Zahid.
"Namun sama ada berlaku pertandingan atau tidak bagi jawatan ini, UMNO Perak akan memberi sokongan 100 peratus kepada Ahmad Zahid," ujarnya.
Kata beliau, jika pertandingan bagi jawatan itu berlaku, ia dibimbangi akan membuka pintu perpecahan dalam UMNO kelak.
"Contohnya, kalau ada tiga penjuru, perpecahan boleh sampai ke cawangan sebab orang yang akan dipilih di peringkat cawangan akan ada tiga kumpulan juga.
"Yang kita bimbang dalam suasana sekarang kita baru habis pilihan raya jadi seeloknya berilah peluang kepada presiden parti untuk meneruskan khidmat beliau kerana dengan sokongan daripada 140 ketua UMNO bahagian, ia menunjukkan kekuatan beliau," tegasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 12 2023

Saarani berkata ia kerana Pengerusi BN itu terbukti berjaya menyelamatkan parti hingga membentuk kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan. -Gambar fail/Bernama

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

Pelajar maut, seorang lagi cedera tembakan di sekolah
Polis memaklumkan, suspek, yang juga seorang pelajar di sekolah berkenaan, telah ditahan.

Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa dan ibu meninggal dunia kemalangan
Syabda Perkasa bersama keluarga dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian neneknya.

Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid
Pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

UMNO, BN janji terus dukung Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Peputusan Pemilihan UMNO 2023 jelas menunjukkan sokongan kepimpinan nasional serta akar umbi parti terhadap keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Keputusan bahagian, sayap digantung dan dibatalkan perlu adakan pemilihan semula - Zahid
Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) akan melakukan pemilihan semula ke atas mana-mana bahagian termasuk sayap parti itu yang berdepan masalah termasuk dibatalkan atau digantung keputusan.

Ahmad Zahid pertahan jawatan Ketua UMNO Bagan Datuk, Saarani kekal di Lenggong
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk apabila beliau diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian itu hari ini.

Banjir Johor: Sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta untuk pemasangan jambatan Bailey
Kabinet memutuskan sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan semalam, akan digunakan bagi pemasangan jambatan Bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.

ADUN BN, UMNO sebahagian kerajaan negeri bukti PH Selangor terbuka - Zahid
Zahid berkata sifat keterbukaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan amat dialu-alukan.

Zahid harap keputusan pemilihan jadi langkah kebangkitan semula UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan yang akan dibuat di 189 bahagian pada pemilihan parti hari ini, akan menjadi satu langkah kepada kebangkitan semula parti itu.