KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menghantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat selepas mendakwa berlaku kekosongan luar jangka susulan tindakan empat ahlinya yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), keluar parti baru-baru ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, Bersatu berpendirian keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi mereka, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Selanjutnya telah dipohon juga kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya perkara ini dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan tersebut," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Empat ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).
Jelas Ahli Parlimen Beluran itu, melalui surat bertarikh 3 November 2022 daripada Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu itu telah mengesahkan bahawa keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah antara calon yang akan bertanding pada PRU15 sebagai anggota Bersatu.
Keahlian mereka dalam GRS juga adalah sebagai anggota parti Bersatu, kata Ronald
Beliau menambah, kenyataan Pengerusi GRS, yang juga Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 2 November lalu turut mengumumkan bahawa terdapat enam calon daripada parti Bersatu akan mewakili GRS untuk bertanding dalam PRU-15.
"Walau bagaimanapun, pada 10 Disember 2022, Hajiji telah membuat satu kenyataan media yang menyatakan bahawa kesemua pemimpin parti Bersatu Sabah telah keluar dari parti.
"Pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022 lalu, keempat-empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah berada di blok kerajaan.
"Tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin, dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah ‘crossing the floor’ dan ia melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi," katanya lagi.
Susulan tindakan berkenaan, Ronald berkata, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti Bersatu dan perkara tersebut telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Disember 2022.
Pada 10 Disember, kepimpinan Bersatu Sabah yang dipimpin Hajiji mengumumkan meninggalkan Bersatu dan secara kolektif menjadi ahli GRS.
Sementara pada 12 Disember lalu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti-Lompat Parti.
GRS dan empat ahli Parlimen berkenaan, ujar beliau, menyedari sepenuhnya Akta Anti-Lompat Parti yang berkuatkuasa pada 5 Oktober lalu sebelum mereka bertanding sebagai calon untuk PRU15.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 29 2022

Ronald Kiandee berkata, Bersatu berpendirian keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi mereka, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Keluar parti: Bersatu hantar notis kekosongan luar jangka, pilihan raya perlu diatur
Pada 10 Disember, kepimpinan Bersatu Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan meninggalkan Bersatu.

PRN Johor: UMNO tidak tawar habuan bekas ADUN Bersatu keluar parti
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua mereka namun mengakui tindakan itu tiada kaitan dengan UMNO.