JOHOR BAHRU: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan jaminan untuk merekod kejayaan sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
"Kita anggap bila sampai masa Pilihan Raya Umum nanti, cabaran yang ada itu perlu kita teliti kerana kejayaan PRN tidak menjamin kejayaan pada PRU,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO Johor.
Jelas Hasni, ikhtiar BN dalam PRN Johor sentiasa dipantau dan ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) serta Belanjawan Johor 2022.
Katanya, ia sebagai persiapan bagi menghadapi PRU15 di Johor yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Malah, jelas Hasni, satu jawatankuasa penyelaras hubungan kerajaan negeri dan UMNO akan ditubuhkan bagi memastikan kerjasama lebih strategik antara kedua pihak.
“UMNO sentiasa menyokong kepimpinan kerajaan negeri dan ini dibuat melalui cadangan dan syor yang dikemukakan, termasuklah kritikan dan teguran yang dikemukakan,” ujarnya.
Katanya, jawatankuasa penyelaras itu akan dianggotai empat wakil UMNO Johor dan empat ahli kerajaan negeri, yang berkemungkinan daripada kalangan barisan exco atau mana-mana individu yang disyorkan Menteri Besar.
Astro Awani
Sat Apr 23 2022

Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Hasni Mohammad bercakap selepas hadir Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia, Thailand komited pergiat pembangunan infrastruktur di sempadan
Malaysia dan Thailand komitted dalam mempergiatkan pembangunan infrastruktur di sempadan.

KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

PN akan terus sokong Perdana Menteri - Ronald
Perikatan Nasional (PN) tidak akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan sehingga pembubaran Parlimen.

160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15
Dianggarkan sekitar 160,000 pemilih termasuk pemilih baharu yang didaftarkan secara automatik layak mengundi di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: PBM mohon sertai BN, belum ada jawapan - Zuraida
PBM telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiga minggu lalu.

PRU15 sebulan dua lagi, kata Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh sebulan dua lagi.

BN harap RUU Dana Politik dibawa ke Parlimen sebelum PRU15
RUU Pembiayaan Dana Politik antara komitmen BN dan gabungan politik tersebut telah mencadangkannya sebelum PRU14 lagi.

Najib, jangan perasan ... ! - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap di Konvensyen BN Selangor, kononnya beliau 'berminat' dengan bekas Perdana Menteri itu.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.

Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Perjanjian dengan pembangkang tidak libat dasar kerajaan - Ismail Sabri
Perdana Menteri menegaskan, perjanjian antara kerajaan dan pembangkang tidak melibatkan dasar dan hanya menumpukan kepada transformasi Parlimen.

Kerjasama politik: Formula baharu hanya selepas PRU15 - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional hanya akan terbuka untuk bekerjasama menerusi formula baharu dengan mana-mana parti politik selepas PRU15.