awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi

Bernama
Bernama
11/05/2024
23:15 MYT
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada malam tadi disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan, kata Fahmi. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada malam tadi disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, kejayaan gabungan itu mempertahan kemenangan di kerusi DUN berkenaan adalah satu lagi kegembiraan yang diraikan malam ini di samping Sambutan Ulang Tahun PKR ke-25 dan Ulang Tahun UMNO ke-78.
"Malam ini yang agak baiknya ialah Sambutan Ulang Tahun Keadilan ke-25 bersekali dengan Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78, jadi kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di KKB adalah triple happiness," katanya.
Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita pada Malam Sambutan 25 Tahun PKR, di sini, malam tadi.
Pertandingan empat penjuru dalam PRK KKB dimenangi calon PH daripada DAP Pang Sock Tao dengan majoriti 3,869 undi menewaskan Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Kerajaan Perpaduan
#triple happiness
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan