POLITICS
Kemenangan PRN Sabah jadi ‘signal’ Anwar kekal mentadbir sehingga PRU-16 - Amirudin
Amirudin menggesa jentera parti di peringkat akar umbi bekerjasama dengan sesama parti gabungan demi memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Kemenangan parti Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dapat memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau turut optimis gabungan parti politik terdiri dari Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dapat memberikan kejayaan pada PRN Sabah akan datang.
“Dengan kejayaan kita muktamadkan di Sabah bermula gabungan yang kukuh dan tidak bercerai berai, dapat tubuh Kerajaan Perpaduan, ini bermakna kita lepas satu halangan besar.
“Dengan signal itu saya yakin PRU ke-16 selepas PRN tidak lama lagi perpaduan akan kekal, mentadbir dan memerintah Malaysia dan kita dapat pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim PM yang ke-10 kekal untuk penggal kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Amirudin juga menggesa jentera parti di peringkat akar umbi agar bekerjasama dengan sesama parti gabungan demi memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan.
“Saya minta juga pimpinan negeri, cabang kena menjadi magnet jadi pemimpin yang menyatukan agar gabungan besar GRS, PH dan BN menjadi satu gabungan perpaduan yang paling kuat dan paling kukuh,” katanya.
Turut hadir, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin.
Pada 11 Mei lepas, ketiga-tiga parti mengadakan kerjasama politik untuk menghadapi PRN yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada September.
Menurut Anwar, kerjasama tersebut amat penting bagi memastikan kestabilan politik peringkat nasional dan Sabah.