Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa alasan 'semua salah Najib' menjadi Prosedur Standard Operasi (SOP) Kerajaan Pakatan Harapan dan sering mengaitkan namanya dengan apa sahaja isu.
Malah, bekas Perdana Menteri itu mempersoal tindakan kerajaan itu yang disifatkan tidak adil untuk rakyat.
"Alasan ‘semua salah Najib’ yang sudah menjadi prosedur standard operasi (SOP) Pakatan ini perlu dihentikan. Atau adakah ia akan berlanjutan selama 5 tahun akan datang? Alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat apatah lagi, mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu, atau adakah mereka akan terus dibelenggu dengan harapan?," katanya dalam entri terbaharunya di laman sosial Facebook hari ini.
Najib turut menyifatkan cerita hutang negara RM1 trilion yang didedahkan kerajaan didakwa sebagai definisi sendiri.
"Kerajaan PH bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka," kata Najib.
Beliau dalam pada itu turut mempertikai tindakan salah seorang menteri yang mempersalahkan dirinya bagi isu pelantikan speaker Dewan Rakyat.
"Menteri Sumber Manusia (M. Kulasegaran) mendakwa mereka yang mengajukan keresahan mereka ini hanya mensensasikan isu pelantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap saya. Saya bukan lagi Perdana Menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan speaker ini?," ujar beliau.
Katanya, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat jelas bahawa nama speaker yang dicadangkan perlu dikemukakan kepada sekretariat Parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula.
"Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.
"Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?," tambahnya lagi.
Rahimah Abdullah
Sat Jul 14 2018

Najib turut mempertikai tindakan salah seorang menteri yang mempersalahkan dirinya bagi isu perlantikan speaker Dewan Rakyat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senator New Jersey berkeras untuk tidak letak jawatan
Senator New Jersey, Robert Menendez kekal menentang tuduhan rasuah yang dihadapinya dengan berkeras untuk tidak meletakkan jawatan.
Penutupan jalan Sungai Besi/Petaling Jaya ditangguhkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penangguhan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya hingga 1 Oktober 2024. Penutupan berkaitan dengan kerja pelebaran dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Presiden Ukraine, Ketua NATO bincang kerjasama, pulih hubungan
Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.

Rasuah urus mayat: Dua staf perubatan awam direman lima hari
Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada dua syarikat yang sama antara tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan RM3,500.
Prestasi ringgit, pasaran dunia dijangka pulih pada Q4 2023
Nilai ringgit dijangka pulih akhir 2023 didorong keyakinan pada kenaikan kadar faedah The Fed, AS. Pemulihan ini dijangka mampu menarik dana asing dan menaikkan harga pasaran tempatan selepas kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat The Fed baru-baru ini.
Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Maybank memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak
PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Khabar mengenai rombakan Kabinet terus kedengaran, dan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tdak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.

Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.

PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.

PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.

Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos
Syahir bersetuju berdebat setelah beliau mempertimbangkan semula jemputan Rafizi serta mendapat keizinan pucuk pimpinan.

Kerajaan alu-alukan media anjur program debat - Fahmi
Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Armizan tiada masalah debat dengan Azis Jamman
Katanya, debat berkaitan isu JKK MA63 harus menerusi platfom secara bersemuka bagi memastikan ia berlangsung dengan adil.