awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Abdul Hadi 'tumbangkan Kerajaan Perpaduan' timbul pertelingkahan di Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2023
11:35 MYT
Kenyataan Abdul Hadi 'tumbangkan Kerajaan Perpaduan' timbul pertelingkahan di Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir (atas kiri) mendakwa Presiden Pas itu tidak pernah berkata sedemikian, sebaliknya hanya membuat kenyataan politik - Foto/Video YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha dan berhak merancang menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menimbulkan pertelingkahan di Dewan Rakyat, di ibu negara pada Selasa.
Ia selepas RSN Rayer (PH - Jelutong) berkata kenyataan Presiden Pas itu, bertentangan dengan undang-undang.
Kenyataan itu, dakwa RSN Rayer turut menderhaka kepada titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan politik.
"Sekarang kita menuntut supaya Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) menyiasat (kenyataan Abdul Hadi) kerana perkara ini suatu yang menyalahi undang-undang Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 124b.
"Seksyen ini memperuntukkan barang siapa dengan apa-apa cara melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi Berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun.
"Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh YB Marang di Dewan Rakyat kelmarin (pada Isnin) apabila ditemubual wartawan dan dilaporkan oleh semua surat khabar. Jangan nafikan," kata RSN Rayer ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Begitu pun, kenyataan RSN Rayer mengundang 'panas' dalam kalangan Ahli Parlimen PN.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir yang bangkit mencelah menafikan dakwaaan Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa gabungan itu sedang berusaha merancang 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan.
Dakwa beliau lagi, Ahli Parlimen Marang itu tidak pernah berkata sedemikian, sebaliknya hanya membuat kenyataan politik dan ia telah dipuar belit oleh media.
"Itu kenyataan saja bukan rancangan, melainkan Tuan Guru (Abdul Hadi) menyebut 'kami merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan'.
"Tuan Guru tak sebut pun. Ini suatu "sangkaan jahat", YB Jelutong (RSN Rayer) wajib tarik balik," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Alice Lau meminta semua pihak duduk dan bertenang, selain meminta mana-mana Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan keputusannya agar mengemukakan usul berasingan.
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan Abdul Hadi ketika ditanya apakah PN sedang berusaha merampas Kerajaan Persekutuan, mengakui wujud aktiviti tersebut dan menyifatkan tindakan menjatuhkan kerajaaan adalah perkara biasa dalam politik.
Abdul Hadi berkata mengikut sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan.
Jelas beliau lagi, keadaan itu biasa berlaku dalam politik termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#rancangan menjatuhkab Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan