awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Hadi akan diadu kepada kesatuan ulama dunia - Salahuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2022
11:02 MYT
Kenyataan Hadi akan diadu kepada kesatuan ulama dunia - Salahuddin
Salahuddin berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau. - Gambar fail/Astro AWANI
SEREMBAN: Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkenaan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sewenang-wenangnya melabelkan orang lain tidak beriman.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sikap ditonjolkan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang ulama dan disifatkan melampau.
"Kami rasa akan buat aduan kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang semua kenyataan dia (Abdul Hadi) yang merendahkan orang lain, mengatakan orang lain tak beriman.
"Adakah itu akhlak ulama? Saya pun tak faham. Jadi kita akan buat aduan tentang apa-apa yang dia cakap, pada bila-bila masa dan mungkin boleh menghantarnya melalui email pada malam ini," katanya pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah (Awan) pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Awan, Aiman Athirah Sabu dan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau secara sindiran berkata, hanya Abdul Hadi yang tahu berkenaan agama Islam daripada orang lain dan disebabkan itu beliau dengan mudah menuduh orang lain sebegitu.
"Dia ulama besar. Dia tahu Islam lebih dari kita semua. Sepatutnya kalau tuduh itu perlu ada bukti.
"Itu akhlak dan cara Islam sebenar. Dia pun tahu kalau nak tuduh orang perlu ada bukti," jelas beliau.
Ujarnya, bukan kali pertama pemimpin Pas itu mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, ramai dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak beriman dan tidak bermoral yang mana secara terbuka mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.
“Paling ramai pihak yang melompat parti bukan alasan yang berprinsip tetapi mengejar janji-janji manis dan janji bohong (seperti rasuah juga).
"Mereka mengamalkan politik dendam melalui kenyataan terbuka yang mengganggu-gugat urusan pentadbiran negara dan menyusahkan badan kehakiman,” katanya dalam catatan Minda Presiden. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amanah
#Abdul Hadi Awang
#Kesatuan Ulama Islam Sedunia
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan