Kenyataan peguam berhubung pelucutan keahlian Bersatu Tun Mahathir

Kenyataan Media
Mei 29, 2020 06:54 MYT
Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri memaklumkan berhubung penolakan keras Tun Dr Mahathir akan kandungan surat Bersatu bertarikh 28.05.2020. - Gambar fail
Berikut merupakan kenyataan media peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang dikeluarkan hari ini:
Penolakan keras Tun Dr Mahathir akan kandungan surat Bersatu bertarikh 28.05.2020 dan rujukan pertikaian bersabit ketidaksahihan "pemberhentian" keahlian Bersatu kepada ROS.
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada hari ini, 29.05.2020, kami bagi pihak Anakguam kami, TUN DR MAHATHIR telah serahkan kepada R.O.S. akan Notis Penolakan Keras akan "pemberhentian" keahlian TUN DR MAHATHIR sebagai Ahli Parti BERSATU melalui surat Parti bertarikh 28.05.2020, serta memohon untuk Rujuk Pertikaian di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 kepada R.O.S.
2. Begitu juga, pada hari ini juga, telah menyerahkan kepada Ibu Pejabat Parti BERSATU akan Notis Penolakan Keras akan "pemberhentian" keahlian TUN DR MAHATHIR sebagai Ahli Parti BERSATU melalui surat Parti bertarikh 28.05.2020, dan Tegasan Keras TUN DR MAHATHIR bahawa keahlian beliau serta kedudukan beliau sebagai Pengerusi Parti BERSATU adalah MASIH KEKAL dan SAH.
Haniff Khatri
29.05.2020 @ 1423
#Bersatu #Haniff Khatri #Mahathir Mohamad #Malaysia #rakyat Malaysia #ros #TUN DR MAHATHIR