awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/06/2023
01:40 MYT
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke
Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (kanan) yang mengecam Barisan Nasional adalah atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti DAP, tegas Anthony Loke. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mengecam Barisan Nasional (BN) adalah atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti DAP.
Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Tony sudah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut.
"Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan.
"Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.
"Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Pada Jumaat, Tony secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan 'korup'.
Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Mengulas lanjut, Anthony Loke mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
"Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Tony Pua
#Barisan Nasional pakatan korup
#Anthony Loke
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan