awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi

Bernama
Bernama
09/10/2024
09:30 MYT
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Fahmi berkata bahawa kenyataan tersebut mencerminkan kesatuan hati dalam kalangan pimpinan kerajaan serta matlamat bersama untuk mencapai kestabilan politik demi membangunkan negara. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata bahawa kenyataan tersebut mencerminkan kesatuan hati dalam kalangan pimpinan kerajaan serta matlamat bersama untuk mencapai kestabilan politik demi membangunkan negara.
"Ringgit semakin mengukuh berbanding tahun lalu, pelaburan dan perdagangan semakin meningkat, dan kita dapat melihat Malaysia meraih kejayaan demi kejayaan.
"Perdana Menteri telah dinobatkan sebagai antara 15 pemimpin Islam berpengaruh di dunia, bukankah kita wajar berasa bangga?" katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Pos Sedunia 2024 di sini hari ini.
Beliau percaya bahawa kefahaman yang terjalin dalam kalangan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan akan membolehkan usaha yang lebih baik dilakukan bagi menempatkan Malaysia dalam kedudukan yang cukup dihormati di persada dunia.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Nur Jazlan Mohamed yang meminta Pakatan Harapan (PH) memohon maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu adalah bersifat peribadi.
Ahmad Zahid berkata beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua parti komponen selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan bersepakat mengenepikan perbezaan serta menjalin kerjasama lebih baik bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Kerajaan Perpaduan
#hubungan dengan parti komponen
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan