Kepentingan dan hak rakyat tunggak utama - PM Anwar

Bernama
Disember 19, 2022 10:57 MYT
Hari ini Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat, sebagai tunggak utama.
Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, hari ini.
"Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok," kata Perdana Menteri.
Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab tersebut akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama.
"Kami (wakil rakyat) akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan," katanya.
Terdahulu hari ini Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini.
Dewan Rakyat | Anwar ketuai angkat sumpah 222 ahli Parlimen
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Dewan Rakyat #angkat sumpah #PM10