Kepentingan negara lebih penting dari agenda peribadi- Anwar

Irwan Muhammad Zain
Februari 29, 2020 05:52 MYT
Anwar menegaskan PH memilih untuk memberi perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara demi kepentingan rakyat. - Gambar fail
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding agenda peribadi.
Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) memilih meleraikan kemelut politik mutakhir ini dan berundur setapak demi negara.
Anwar menegaskan PH memilih untuk memberi perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.
“Saya sekali lagi memilih kepentingan besar berbanding agenda peribadi.
“Saya menyeru agar tidak gusar dan melihat kepentingan negara,” katanya.
BACA: PH kini sokong Tun Mahathir sebagai PM-8
[LAPOR LANGSUNG] Malaysia2020 Siapakah PM-8?
Anwar kemudiannya menuju ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan PH kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.
PH hari ini memutuskan untuk memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk menjawat jawatan perdana menteri ke-8.
#Anwar Ibrahim #ekonomi #Mahathir Mohamad #Malaysia 2020 #Malaysia2020 #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PKR #politik #rakyat