POLITIK
Kepimpinan baharu PKR Pahang fokus agenda rakyat dan kerjasama dengan UMNO
Menurut Farhan mesyuarat turut mencapai keputusan dan komitmen secara kolektif agar hubungan di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan terus diperkukuhkan. - Foto FB Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang sebulat suara menyeru agar parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mengeratkan lagi kerjasama khususnya melibatkan UMNO di peringkat negeri.
Ringkasan AI
Pengerusinya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata demikian susulan Mesyuarat Pertama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang Sesi 2025 - 2028, berlangsung di Pejabat Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota pada Jumaat.
Tambah beliau, mesyuarat turut mencapai keputusan dan komitmen secara kolektif agar hubungan di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan terus diperkukuhkan.
“Pada masa yang sama, KEADILAN Negeri Pahang juga sebulat suara menyatakan tekad serta pengharapan bagi mengeratkan lagi kerjasama dengan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan khusus melibatkan UMNO negeri,” katanya,
Perkara tersebut dinyatakan beliau melalui kenyataan media yang disiarkan pada Sabtu.
Dalam kenyataan yang sama, Farhan turut menyatakan PKR Pahang telah memuktamadkan penstrukturan semula Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu.
“Struktur kepimpinan ini dibarisi oleh pelbagai latar belakang termasuk mereka terlibat dalam sektor profesional, pendidikan, aktivis..masyarakat, reformis dan tidak terkecuali golongan anak muda serta wanita yang bersemangat untuk mengangkat KEADILAN Negeri,” katanya.
Farhan turut menegaskan PKR Pahang akan terus meletakkan rakyat sebagai agenda utama terutama melibatkan golongan rentan.
“Agenda ini merupakan fokus utama KEADILAN Negeri Pahang yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan seterusnya, mengangkat nasib golongan tidak bernasib baik,” ujarnya lagi.
Antara yang 41 individu tersenarai dalam MPN ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang (Timbalan Pengerusi); Senator Manolan Mohamad (Naib Pengerusi) dan lain-lain.
Ringkasan AI
- PKR Pahang menyeru agar hubungan antara parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan, khususnya dengan UMNO negeri, diperkukuhkan demi kestabilan politik dan pembangunan negeri.
- PKR Pahang telah memuktamadkan struktur baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi sesi 2025-2028, melibatkan 41 individu daripada pelbagai latar belakang.
- Parti menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan nasib golongan rentan dan menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai fokus utama perjuangan.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata demikian susulan Mesyuarat Pertama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang Sesi 2025 - 2028, berlangsung di Pejabat Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota pada Jumaat.
Tambah beliau, mesyuarat turut mencapai keputusan dan komitmen secara kolektif agar hubungan di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan terus diperkukuhkan.
“Pada masa yang sama, KEADILAN Negeri Pahang juga sebulat suara menyatakan tekad serta pengharapan bagi mengeratkan lagi kerjasama dengan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan khusus melibatkan UMNO negeri,” katanya,
Perkara tersebut dinyatakan beliau melalui kenyataan media yang disiarkan pada Sabtu.
Dalam kenyataan yang sama, Farhan turut menyatakan PKR Pahang telah memuktamadkan penstrukturan semula Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang baharu.
“Struktur kepimpinan ini dibarisi oleh pelbagai latar belakang termasuk mereka terlibat dalam sektor profesional, pendidikan, aktivis..masyarakat, reformis dan tidak terkecuali golongan anak muda serta wanita yang bersemangat untuk mengangkat KEADILAN Negeri,” katanya.
Farhan turut menegaskan PKR Pahang akan terus meletakkan rakyat sebagai agenda utama terutama melibatkan golongan rentan.
“Agenda ini merupakan fokus utama KEADILAN Negeri Pahang yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan seterusnya, mengangkat nasib golongan tidak bernasib baik,” ujarnya lagi.
Antara yang 41 individu tersenarai dalam MPN ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang (Timbalan Pengerusi); Senator Manolan Mohamad (Naib Pengerusi) dan lain-lain.

#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#UMNO
#Ahmad Farhan Fauzi
#PKR Pahang
#MPN