POLITIK
Kepimpinan PKR belum bermesyuarat isu gantung 9 Ahli Parlimen - Fahmi
Fahmi bercakap pada sidang akhbar pada program Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) YOU & AI: MEET@BANGSAR hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum bermesyuarat berhubung gesaan supaya sembilan ahli Parlimen parti itu digantung susulan desakan mereka agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pelantikan hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara.
Ringkasan AI
Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bermesyuarat.
“Majlis Pimpinan Pusat belum bermesyuarat. Untuk penjelasan lanjut, anda boleh rujuk kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Fuziah Salleh,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Festival AI IPRM 2025, hari ini.
Gesaan menggantung sembilan wakil rakyat itu dikemukakan oleh sekurang-kurangnya 20 bahagian PKR di Johor dan Kedah yang mendakwa tindakan mereka melanggar disiplin parti serta kod etika.
Antara sembilan ahli Parlimen yang terlibat ialah Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), dan S. Kesavan (Sungai Siput).
Pada 7 Julai lalu, kesemua mereka secara terbuka menyeru agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan badan kehakiman negara.
Ringkasan AI
- Gesaan Gantung 9 Ahli Parlimen PKR: Sekurang-kurangnya 20 bahagian PKR di Johor dan Kedah mendesak agar sembilan Ahli Parlimen digantung kerana didakwa melanggar disiplin parti dengan menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan hakim kanan.
- PKR Belum Buat Keputusan Rasmi: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) belum bermesyuarat dan sebarang keputusan akan dibuat selepas mesyuarat tersebut berlangsung.
- Tuntutan RCI Berpunca Daripada Kebimbangan Integriti Kehakiman: Kumpulan sembilan Ahli Parlimen diketuai Rafizi Ramli menyatakan kebimbangan terhadap dakwaan campur tangan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara dan menyeru agar RCI ditubuhkan bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman.