[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITICS

Keputusan bantahan pemilihan cabang PKR diumum minggu depan - Dr Zaliha

Khalis Khadir 25/04/2025 | 05:00 MYT
Dr Zaliha (kiri) mengiringi perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pelancaran "Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia Madani" di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jumaat. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Beberapa lagi status bantahan yang diterima daripada pemilihan cabang PKR akan diumum minggu depan.

Ringkasan AI
  • Status bantahan pemilihan cabang PKR akan diumum minggu depan setelah penelitian selesai.
  • Dr Zaliha Mustafa menyatakan proses penelitian bantahan dan aduan mengambil masa sebelum keputusan muktamad dibuat.
  • Tiga bahagian PKR, iaitu Selayang, Jempol, dan Silam perlu mengadakan pemilihan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ia mengambil masa untuk dimuktamadkan kerana dalam proses penelitian.
“Perkara ini ambil masa sebab kita kena teliti semua bantahan dan aduan sebelum buat keputusan muktamad.
“Ada beberapa (bantahan) keputusan cabang, kita akan umumkan dalam minggu hadapan,” katanya.
Dr Zaliha berkata demikian selepas mengiringi perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pelancaran "Warisan KL: Warisan Ibu Kota Malaysia Madani" di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, pada Jumaat.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Pada Khamis, Dr Zaliha berkata, sebarang bantahan dan rayuan dikemukakan mana-mana pemimpin PKR berhubung pemilihan pada peringkat cabang akan dinilai Jawatankuasa Aduan serta Jawatankuasa Rayuan.
Tiga bahagian PKR iaitu Selayang, Jempol dan Silam juga perlu mengadakan pemilihan semula.
#Zaliha Mustafa #pemilihan cabang PKR #proses penelitian bantahan dan aduan #bahagian PKR