awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan keluar UMNO tanpa sebarang paksaan atau imbuhan - Zainol Fadzi

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/05/2018
09:22 MYT
Keputusan keluar UMNO tanpa sebarang paksaan atau imbuhan - Zainol Fadzi
ZAINOL: Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira suasana politik semasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan mengisytiharkan dirinya keluar daripada parti tersebut.
Menurut mantan Exco Negeri Perak itu, beliau mengambil keputusan tersebut secara sukarela dan tanpa paksaan atau imbuhan malah sebarang janji dari mana-mana pihak.
Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pendapat majoriti daripada rakyat termasuk pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong di sekitar Sungai Manik.
“Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira suasana politik semasa negara dan kepentingan rakyat di kawasan saya.
"Seperti yang telah saya janjikan dalam pilihan raya kepada masyarakat kawasan saya, adalah untuk memberi khidmat yang sepenuhnya dan mereka adalah keutamaan saya dalam pekara ini.
"Saya juga ingin mengumumkan bahawa saya akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta akan menyokong penuh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak yang diketuai oleh saudara Ahmad Faizal Azumu,” katanya dalam sebuah sidang media dalam Majlis Penyerahan Borang PPBM di sini, hari ini.
Menurut Zainol, sekitar 200 orang ahli UMNO termasuk tiga Timbalan Ketua Bahagian serta bekas Ketua Pemuda UMNO dari 24 bahagian di sekitar negeri Perak turut menyertai beliau dalam tindakan keluar parti itu.
Zainol, berkata keputusan mereka adalah keputusan yang terbaik untuk kepentingan dan perpaduan rakyat.
Menurutnya lagi, mereka bersedia untuk membantu serta berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan Pakatan Perak untuk mencapai visi dan misi bagi masa hadapan rakyat.
“Oleh yang demikian, saya berharap dengan pengumuman ini saya dapat menjelaskan kedudukan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya rakyat di kawasan DUN saya DUN Sungai Manik Perak,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#Perak
#politik
#PPBM
#rakyat
#Sungai Manik
#UMNO
#wakil rakyat
#zainol padzi paharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan