awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
15/12/2024
08:49 MYT
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi untuk menyelesaikan perkara tersebut. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan bahawa peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Sebaliknya, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata tindakan itu bertujuan memperkukuh PN supaya menjadi pakatan politik yang lebih kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
"Tidak berlaku keretakan apa-apa. Cuma kita (PN) sedang mencari jalan untuk memperkukuh PN...baca saya punya komen dalam Facebook yang saya petik (quote) dari Kareem Abdul-Jabbar. Kalau boleh tafsir...tafsir dari itulah," katanya kepada media selepas Majlis Imaratul Ilmi Ke-5 Kolej Al-Quran Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Terengganu Datuk Satiful Bahari Mamat.
Ditanya sama ada tindakannya meletak jawatan didorong oleh isu atau masalah peribadi, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi untuk menyelesaikan perkara tersebut dan turut menjelaskan keputusan mengejutnya itu juga tiada kaitan dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada PN, semalam.
Pada Rabu lepas, Ahmad Samsuri menerusi kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS Pusat mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#letak jawatan
#Perikatan Nasional
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan