Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul menegaskan tindakan yang diambil Nurul Izzah Anwar untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu keputusan yang tepat.
Jelasnya, dalam kes sebegini, berkemungkinan Nurul Izzah memilih untuk lebih fokus untuk berbakti kepada pengundi di Permatang Pauh yang telah memilih beliau sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang lepas.
"Jadi keputusan Nurul betul. Saya perpandangan, dia merasakan dia terpaksa pilih mana yang dia boleh pikul dan mana yang dia tak boleh pikul, supaya tidak dilihat sebagai 'tamak mahukan jawatan'.
"Dalam kes ini, dia memilih untuk berkhidmat lebih kepada Parlimen dari parti sebab dia mungkin rasa parti ada ramai yang boleh," katanya.
Sementara itu, beliau turut menafikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merajuk dan kecewa atas tindakan individu di dalam parti itu sendiri yang lantang mengkritik Nurul Izzah.
Menurutnya, Nurul Izzah bukanlah seorang yang baharu dalam bidang politik tanah air dan prinsip yang dipegang kesemua ahli parlimen PKR sangat utuh.
BACA: Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR
"Tidak, Nurul bukanlah anak yang baru lahir dalam dunia politik... bapa dia orang politik, mak dia Timbalan Perdana Menteri, dia lahir dari keluarga politik. Bapa dia masuk keluar penjara, sudah tentu dia 'season player' (berpengalaman) tetapi dia ambil tindakan atas tanggungjawab," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika hadir di Masjid As Saadah, Kampung Tebengau Kuala Kedah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada Selasa petang.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 18 2018
JOHARI: Nurul bukanlah anak yang baru lahir dalam dunia politik. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Isu perkauman: Muhammad Fawwaz akui sudah beri keterangan polis
Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Kembali ke PAC atas reformasi, bukan soal pusingan U - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya untuk kembali menyertai PAC adalah atas agenda reformasi kerajaan dan bukan soal 'pusingan U'.
Gelaran 'bekas diktator' itu adalah fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah 'bekas diktator'.
Keputusan Nurul Izzah tepat - Johari
Datuk Johari Abdul menegaskan tindakan yang diambil Nurul Izzah Anwar untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu keputusan yang tepat.
'Sekali sekala, kami jumpa untuk makan tengah hari bersama'
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, meskipun mereka daripada parti politik yang berbeza, mereka memiliki aspirasi yang sama.
'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang memberikan maklum balas terhadap berita tular mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.