awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan PRU15 belum diwartakan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2022
03:26 MYT
Keputusan PRU15 belum diwartakan
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan proses pengundian P017 Padang Serai masih berjalan. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA : Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan proses pengundian P017 Padang Serai masih berjalan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook SPR pada Rabu menjelaskan sebarang keraian berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Pilihan Raya 1957.
"Urusan PRU15 belum selesai sepenuhnya ya. Jangan lupa Parlimen Padang Serai masih belum selesai. Jadi ia bermaksud SPR tidak boleh wartakan lagi keputusan PRU15.
"Kalau hendak buat makan-makan, kenduri kendara, biarlah selesai (PRU15) dahulu," kata petugas SPR di dalam rakaman tersebut.
Proses pilihan raya P017 Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember depan susulan kematian salah seorang calon yang bertanding.
Calon PH Padang Serai, M Karupaiya, 69, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah pada jam 2.27 petang Rabu minggu lalu.
Turut ditangguhkan kepada tarikh sama, proses pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman kerana calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin, beberapa jam sebelum proses pengundian, Sabtu lalu.
PRU15 yang berlangsung 19 November lalu menyaksikan tiada parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (23), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga).
Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#keputusan PRU15
#Malaysia Memilih
#Istana Negara
#Perdana Menteri ke-10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan