awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan semakan kehakiman berpihak kepada Pejuang - Amiruddin

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2021
07:15 MYT
Keputusan semakan kehakiman berpihak kepada Pejuang - Amiruddin
Amiruddin menjelaskan, Pejuang akan berusaha bagi memastikan kelulusan pendaftaran sebagai sebuah parti politik yang sah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan semakan kehakiman berkaitan pendaftaran Pejuang telah memihak kepada parti itu di atas prinsip keadilan undang-undang.
Setiausaha Agung (Penaja) Parti Pejuang Tahah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah berkata, melalui keputusan semakan kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk membuat keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan dalam tempoh 14 hari mulai Jumaat.
Jelasnya, ia berkenaan penolakan pendaftaran sebagai parti politik oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum ini.
"Keputusan tersebut perlu dibuat secara mandatori oleh Menteri Dalam Negeri sebelum atau pada 8 Julai 2021.
"Pejabat Setiausaha Agung (Penaja) juga telah dimaklumkan bahawa semasa prosiding di Mahkamah pagi ini, Yang Arif Hakim telah antara lain menyentuh tempoh masa lima bulan setengah yang telah diambil oleh Hamzah untuk membuat keputusan terhadap rayuan tersebut adalah tidak munasabah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Pendaftaran Pejuang: Saya akan buat keputusan seperti diperintahkan Mahkamah - Hamzah
BACA: Pejuang ada beberapa strategi untuk didaftarkan - Dr Mahathir
BACA: Pejuang pilih jadi kuasa ketiga dalam arena politik negara - Tun M
Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan mempunyai beberapa strategi bagi memastikan Pejuang dapat didaftarkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan mendedahkan strategi yang telah dirancang itu.
Dalam pada itu Amiruddin menjelaskan, Pejuang akan berusaha dengan apa cara sekalipun mengikut lunas undang-undang bagi memastikan kelulusan pendaftaran sebagai sebuah parti politik yang sah.
Topic Berkaitan
#ros
#Pejuang
#mahkamah
#PRU15
#parti
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan