awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan sertai UMNO hanya boleh diputuskan Presiden - Bersatu Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
17/08/2020
22:38 MYT
Keputusan sertai UMNO hanya boleh diputuskan Presiden - Bersatu Kedah
Mohd Suhaimi berkata, pihaknya tidak akan sesekali membuat keputusan lebih awal daripada kepimpinan di peringkat pusat terutama berkaitan isu terbabit. - Astro AWANI
Keputusan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dibubarkan dan menyertai UMNO atau tidak, terletak pada kuasa yang dimiliki Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, pihaknya tidak akan sesekali membuat keputusan lebih awal daripada kepimpinan di peringkat pusat, terutama berkaitan isu terbabit.
Bagaimanapun, jelasnya, situasi dan keadaan terkini yang berlaku di negara ini tidak memungkinkan perkara terbabit berlaku dalam masa terdekat.
"Kami wala' dengan presiden. Presiden parti setakat ini tidak keluar kenyataan ke arah itu (pembubaran Bersatu), jadi kita akan bersama dengan Muhyiddin untuk memperkuatkan Bersatu.
"Kita tidak akan kembali kepada UMNO. Selagi kepimpinan di atas belum membuat keputusan sedemikian, setakat ini saya tidak nampak jalan Muhyiddin akan balik kepada UMNO," katanya.
Suhaimi berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Santai Bersatu di Kampung Permatang Berangan, di sini, pada Isnin.
BACA: Muafakat Nasional: Bersatu lebih elok dibubar dahulu dan sertai UMNO - Bastien
Terdahulu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn mencadangkan Bersatu dibubarkan dan memasuki UMNO sebelum menyertai Muafakat Nasional (MN).
Menurutnya, situasi itu tidak mustahil berlaku kerana Bersatu sendiri sudah pecah dua akibat parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Bastien, UMNO juga sedia menerima Muhyiddin serta ahli-ahli parti itu dengan hati yang terbuka.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#bubar
#Kedah
#keluar parti
#lompat parti
#Mahathir Mohamad
#Mohd Suhaimi Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#Sungai Petani
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan