Kerajaan baharu Perak ikut acuan Putrajaya - Ahmad Faizal

Firdaus Azil
Mac 1, 2020 06:50 MYT
Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik terkini. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan Kerajaan Negeri akan terbentuk mengikut acuan di Putrajaya sekarang.
Ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan membincangkan bentuk kerjasama dengan ahli dewan undangan negeri lain di bawah Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, katanya lagi, beliau perlu terlebih dahulu menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik terkini.
“Mungkin sudah,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk kerajaan baharu.
Selain itu, Ahmad Faizal berkata, beliau mengharapkan agar kekal sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan baharu itu.
#Ahmad Faizal Azumu #kerajaan #Malaysia #Malaysia 2020 #Malaysia2020 #Menteri Besar #Menteri Besar Perak #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #politik #PPBM #Sultan Nazrin Shah #Sultan Perak
Outbrain