awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwat tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
Enam individu terbabit pemalsuan tuntutan faedah pencen ilat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan BN punyai rekod cemerlang bangunkan negara - Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/03/2016
15:49 MYT
Kerajaan BN punyai rekod cemerlang bangunkan negara - Najib
Najib menggesa rakyat di negeri itu untuk memberi mandat kepada Adenan Satem untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar Astro AWANI/Sallehin Hussain
Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam membangunkan negara dan negeri Sarawak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden BN, berkata kerajaan pada ketika ini merupakan sebuah gabungan parti politik yang membawa keharmonian kepada rakyat dan tidak seperti pembangkang yang mengamalkan politik kebencian dalam masyarakat.
"Jadi jangan percaya kata-kata manis ataupun hasutan daripada pembangkang. Mereka menabur politik kebencian (untuk) benci kepada kerajaan (dan) benci kepada pemimpin.
"Tetapi kita membawa kepada politik keharmonian, kesejahteraan rakyat, menstabilkan negara dan boleh mengangkat darjat serta maruah bangsa, agama dan negara kita ke tahap yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada program tinjauan mesra di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, di sini, malam ini.
Katanya, kerajaan BN akan meneruskan usaha memartabatkan maruah negara dan membawa pembangunan ekonomi ke seluruh pelusuk negara.
Sementara itu, Najib menggesa rakyat di negeri itu untuk memberi mandat kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
"Beliau (Adenan) belum lagi menerajui kerajaan negeri atas mandat beliau sendiri selaku pemimpin ketika pilihan raya. Oleh sebab itu, pada pilihan raya negeri yang akan diadakan sedikit masa lagi, berilah beliau mandat untuk lima tahun lagi kerana saya yakin sepenuhnya beliau mampu membawa kemakmuran kepada rakyat Sarawak," katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman.
Pada majlis ringkas itu, beliau turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga bekas Ketua Kaum Kampung Haji Baki, Taib Hamdan yang meninggal dunia akibat kanser usus pagi semalam.
Pada majlis sama, Najib turut meluluskan permohonan penduduk untuk membina semula Sekolah Kebangsaan Kampung Haji Baki di sini yang dibina sejak 1969.
Selain sekolah baharu, beliau turut meluluskan peruntukan RM1 juta untuk membina dewan serbaguna kepada kampung yang didiami lebih 7,500 penduduk.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#Najib Tun Razak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan